Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..
Ahad datang lagi.. Bersama lembaran cerita baru dan kisah memori yg bakal dititip. Tangan menggarap cinta yang bertandang untuk kesekian kalinya.
Bumi Melaka cerah ditebari cahaya mentari yang belum lelah. Segar selepas titis hujan membasahi.. Hingga kedinginan menggigit keheningan subuh.
Ooh my journal.. Ditinggalkan tanpa jawab. Sepi selepas kesibukan kerja menghimpit. Dikejari masa yang makin singkat, ditambahi dengan garis-garis tua yang makin hari makin jelas.. Ohh saya sudah makin menginjak usia. Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk bernafas disisi keluarga tercinta.
Sesuatu yang sukar diungkap, kini aku rasakan. Dan getarnya lebih hangat dari yang sebelumnya. Maafkan aku bila rasa ini bertandang pada waktu yang mungkin tidak sesuai. Kesekian kalinya…
Mengapa..? Jawapannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bersyukur aku masih diberi kesempatan merasa walaupun dalam keadaan serba salah. Aku yakin akan Hikmah yang tersembunyi. Yang barangkali memberi kemanisan iman dalam hidup yang aku jalani.
Perit ketika aku rasakan rindu itu makin menggunung. Subhanallah.. Haruskah rasa ini hadir..??
Sepanjang sepi kali ni, nothing much to story about. Masih dengan kehidupan yang normal dan waras. Hahaha.. Cuma past few months, Alhamdulillah finally I owned a car.. Yeayyy..!! Hutang lagi.. Hahaha.. Tapi as usual laa.. Kereta sekarang mungkin boleh dikategorikan sebagai satu keperluan. Senang nak bergerak esp kerja. Sampai umur berapa nak harapkan mama hantar dan amik kerja, Syahira oiiii..!! Dah 25tahun kot.. Bila org cakap saya anak manja.. Hanya mampu tersenyum.. Biarlah ape orang nak katakan coz they know nothing about our life. Saya bukan anak orang berada, beb. Ape yang ada dan sekadar yang mampu je. Tu pon berkira-kira sebelum decide nak amik kete. Dengan life cost sekarang yang makin hari makin meningkat.. Everything needs money! Dengan gaji yang ada sekarang, Alhamdulillah.. Walaupon saving kadang-kadang ada, kadang-kadang tak, bersyukur family yang dibawah tanggungan saya tak pernah lagi tak makan. Sometimes, that’s what we call LIFE. Orang yang tak pernah merasa susahnya untuk mencari rezeki, dia tak akan merasa syukur dan nikmatnya rezeki yang ada. Opss.. Maaf kalau ada yang terasa. Dulu saya akui saya jahil.. Tau habiskan duit mak bapak je.. Tapi bila sekarang dah merasa sendiri, Allahuakhbar.. Berdosanya aku pada masa silam. Untuk memutarkan kembali masa yang ada, totally tak mampu laa kan.. Tapi atleast, planning for future tu penting. Saya dulu dan sekarang, tak jauh beza pon. Cuma mungkin rezeki tu lebih sket dari dulu. Dan apa yang ada, dikongsikan bersama-sama mereka yang kekurangan. Serba sedikit.. Kan.. Kann.. Kann.. Dan ingatlah kamu wahai anak Adam, 3 perkara yang bakal dibawa pabila terpisahnya jasad dan roh. Iaitu, sedekah jariahnya, doa dari anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat. Sama-sama kita kejarkan keuntungan saham akhirat.
I still remain as a junior officer at Singapore Telecoms. Apa boleh buat, tertulis dari luh mahfuz lagi, rezeki panjang disini.. Suka atau tak, dah hampir 4tahun dah kat sini. Masih berlari mengejar degree yang entah bila laaa nak dibuat. Kahwin dulu laa..!! Hahaha.. :P In shaa Allah one fine day, that degree is MINE.
This month, banyak pergerakan.. Banyak jugak duit habis.. Kikiki.. Finally after almost 9 to 10 years tak balik Singapore.. Akhirnya sireh pulang ke ganggang. Kembali bersama hampir semua ahli keluarga mama, sepupu2, anak-anak buah. Syiokk oo.. Tu yang rasa macam nak balik lagi Oktober ni! In shaa Allah kalau bajet mengizinkan.
The next weekend, attend wedding member kat Klang pulak.. Gathering member-member study. Hampir 5tahun tak jumpa, ramai dah kawin, dah beranak-pinak.. Alhamdulillah.. Congrats korang yang dah pun menjalani bahtera rumahtangga. Tumpang bahagia tengok member-member happy. Walaupun sesekali korang berbual, aku tersenyum kelat. Anyway, congrats buat Shila & Epul yang Selamat diijabkabulkan.
Last night, its our ASF…!! Rockers nite.. Tak hado laa den nak mengikut tema kan.. Yang paling simple je laa.. Bosan laa this year punya ASF. Makanan pon.. Disappointed..! Tapi apa pun, dapatlaa have fun dengan kawan-kawan sekerja. Panjang umur, rezeki kat sini lagi.. Merasa kita attend dinner sama-sama lagi.
Tapi actually.. Yang paling jujurnya kepala hotak ni melayang-layang je bila dok suap makanan semalam.. Apa laa anak beranak tu makan semalam. Seriously I can’t stop thinking about 3 of them. Sejak perkenalan saya dengan insan ni, hati saya betul-betul terusik. Entah kenapa.. Mungkin sebab anak-anak itu masih kecil dan belum tahu apa2. Masa belum mengizinkan kami bertemu tapi mereka terlalu dekat dalam hati saya. Reason..? Tak tau laa.. Sesuatu yang sukar diungkap. Tak sabar nak tunggu hari Isnin. Hehehe.. Saya rindu Mr. Weekdays. Ada member tanya, kenapa “weekdays”..? Sebab kami berhubung hanya melalui YM. Dan dia hanya online waktu dipejabat. Jadi hanya itu masa yang saya ada untuk bersembang dengan dia. Tambahan pula dia keje hanya weekdays. Tak macam saya. Nak tanya number phone, maluuuu.. Huhuhu.. So kena laa bersabar sampai esok.. Sabar ye, Syahira..
Saya tau bukan sekadar kawan-kawan tapi mungkin saya jugak akan berhadapan dengan cabaran dari ahli keluarga saya tentang status dan kedudukannya. Maaf saya tak mampu elak rasa yang ditiupkan. Dia sesuatu yang diluar kawalan saya. Pada saya, seikhlas mungkin saya menerima dia apa adanya. Tak kira siapa pun dia.. Cuma bukan laa yang milik orang. Tu memang tempah maut namanya.. Huhu..
Saya tahu saya tak ada jawapan apa yang akan berlaku pada perhubungan ni masa depan. Tapi saya tahu saya akan cuba yang terbaik untuk orang yang menghargai dan menerima saya apa adanya. Rajuk saya pernah panjang tanpa orang tau.. Saya sedar saya tak hebat, saya tak secantik orang lain, saya tak kurus dan bermacam-macam lagi perbandingan yang orang buat. Hati saya luka parah tapi saya tak pernah zahirkan. Sebab saya tau Allah ada coretan terbaik untuk saya akan datang. Tapi sesekali, saya juga manusia biasa. Yang punya hati dan perasaan sama macam orang lain, yang cantik, yang kurus.. Begitu saya tahan rasa hati yang luka, sesekali terzahir juga rasa sedih yang bertandang. Tak mengapa.. Saya terima.. Biar pedih itu saya yang rasa.
I think I should stop now. Its almost 2pm. Saya dah nak pulang dan menghitung masa.. Hahaha.. Can’t wait Monday..! Doakan urusan kita semua berjalan dengan lancar dan diredhai Allah. Sampai ketemu lagi..
Wassalam.
Cik Syahira, Ahad, 01.58pm